![]() |
SINOPSIS
Kayu Larik merupakan satu
produk kraf tangan yang jarang ditemui kerana kraf ini dalam satu industri yang
kecil. Kayu Larik lebih dikenali di Muar, Johor kerana hasil pembuatan Kayu
Larik hanya boleh didapati di Inap Desa Kampung Parit Bugis yang diusahakan
oleh penduduk kampung itu sendiri. Hasil daripada Kayu Larik boleh didapati
dalam pelbagai bentuk iaitu gambus, perabot, tongkat, dan pelbagai lagi. Kayu
Larik diambil daripada pokok mati dan kebiasaannya boleh diperoleh dari kawasan
kebun lama dan tepi sungai atau lebih dikenali sebagai pokok yang tidak guna
dan terbuang.
SUMBER KAJIAN
Sebelum membuat
pengembaraan, kami telah membuat kajian dengan teliti tentang Kayu Larik ini.
Kami mencari sumber maklumat melalui laman sesawang di internet, menemuramah
pembuat kraf daripada Kayu Larik dan sumber yang boleh membantu dalam
penghasilan dokumentari Kayu Larik ini. Kami juga mencari lagu tema untuk seni
kraf ini iaitu “Cintailah Kraf Tangan.
Gambar Dewan Bahasa dan
Pustaka.