Krew produksi




Pengenalan krew produksi






                                                      Nama: Nur Fatin binti Isa
                         Jawatan : Penolong pengarah/juru Kamera/ 
                                  penyunting bunyi kesan khas/Animasi





Nama : Nur Izzatie binti Mohd Salleh
Jawatan : Produser/Olahan semula/ 
Penyunting Video/Kesan Khas/Animasi





Nama : Noor Amierah binti Ghazali
Jawatan : Pengarah/Juru Kamera/
                           Penyunting Video/Pereka Grafik/Animasi



Nama : Liyana Syafiqah binti Jafar
Jawatan : Penerbit/Juru Kamera/Penyunting 
                            Video/Penyunting Bunyi/Pereka Grafik

Pengenalan Kayu Larik


SINOPSIS

Kayu Larik merupakan satu produk kraf tangan yang jarang ditemui kerana kraf ini dalam satu industri yang kecil. Kayu Larik lebih dikenali di Muar, Johor kerana hasil pembuatan Kayu Larik hanya boleh didapati di Inap Desa Kampung Parit Bugis yang diusahakan oleh penduduk kampung itu sendiri. Hasil daripada Kayu Larik boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gambus, perabot, tongkat, dan pelbagai lagi. Kayu Larik diambil daripada pokok mati dan kebiasaannya boleh diperoleh dari kawasan kebun lama dan tepi sungai atau lebih dikenali sebagai pokok yang tidak guna dan terbuang.



SUMBER KAJIAN

Sebelum membuat pengembaraan, kami telah membuat kajian dengan teliti tentang Kayu Larik ini. Kami mencari sumber maklumat melalui laman sesawang di internet, menemuramah pembuat kraf daripada Kayu Larik dan sumber yang boleh membantu dalam penghasilan dokumentari Kayu Larik ini. Kami juga mencari lagu tema untuk seni kraf ini iaitu “Cintailah Kraf Tangan.
Gambar Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Pustaka




Latar belakang produksi.


Maximal Craxzy Production terdiri daripada 4 orang pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau. Produksi ini ditubuhkan pada Ogos 2012. Produksi ini telah mendapat tugasan untuk membuat sebuah dokumentari mengenai kayu larik.